APC

APC – Alternatives, Possibilities, Choices (Alternatif, Kemungkinan, Pilihan)

Contoh Tajuk: Pembakaran sampah secara terbuka dihapuskan.

  • Apakah cara-cara lain untuk menyelesaikan masalah ini?
  • Apakah kebaikan dan keburukan cadangan tersebut?
  • Manakah cadangan yang paling baik?

Cara pertama: Pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang alam sekitar.

Cara kedua: Pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan alam sekitar.

Kebaikan dan keburukan cadangan pertama: Mengawal kegiatan penduduk dengan lebih tegas dan sistematik iaitu sesiapa yang membakar sampah secara terbuka akan dikenakan hukuman dengan membayar denda dengan bayaran yang tinggi, penduduk tidak berpuas hati dengan tindakan yang tegas.

Kebaikan dan keburukan cadangan kedua: Penduduk disedari dan diberi nasihat dengan jelas, penduduk berasa bosan untuk melibatkan diri dalam kempen

Cadangan yang paling baik ialah cadangan pertama.

Ini adalah kerana penduduk akan menghargai kewangan mereka tanpa memborosnya dalam hukuman bayaran seperti ini.