C&S

C&S – Consequence and Sequel (Kesan dan akibat daripada kesan)

Kaedah/Langkah yang signifikan:

  • Adakah cadangan berkaitan berjaya?
  • Apakah risiko yang mungkin dihadapi?
  • Apakah kesan serta merta, jangka panjang, dan jangka pendek?
  • Adakah cadangan berkenaan baik?

Contoh tajuk: Pelajar bukan berbangsa Cina harus mempelajari Cina sebagai mata pelajaran wajib.

Cadangan: Sekolah mengadakan kempen kesedaran yang bertajuk “Kepentingan Pembelajaran Bahasa Cina”

Risiko: Mendapat bantahan dan aduan yang kuat kerana bahasa kebangsaan negara kita ialah bahasa Melayu.

Kesan serta merta:

  • Kesan baik: Mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan golongan.
  • Kesan buruk: Terus dibantah, menyebabkan dasar ini tidak dapat dijalankan.

Kesan jangka panjang (lebih daripada 25 tahun)

  • Kesan baik: Pelajar bukan berbangsa Cina dapat membaca, menulis dan berkomunikasi dengan fasih dengan orang Cina.
  • Kesan buruk: Mereka tidak dapat menguasai bahasa Cina dan kemungkinan selepas 25 tahun, bahasa Cina telah menjadi bahasa antarabangsa utama.

Kesan jangka pendek ( 1-5 tahun)

  • Kesan baik: Pelajar bukan berbangsa Cina menyesuaikan diri dengan pembelajaran bahasa Cina.
  • Kesan buruk: Mereka tidak dapat menguasai bahasa tambahan.

Cadangan: Pihak kerajaan atau sekolah mengadakan Pertandingan Deklamasi Bahasa Cina dan memupuk penyertaan golongan pelajar bukan berbangsa Cina supaya minat dengan Bahasa Cina.