PMI

PMI – Plus, Minus, Interesting (Baik, Buruk, Menarik)

  • Plus (P) = Nyatakan semua yang baik
  • Minus (M) = Nyatakan semua yang buruk
  • Interesting (I) = Nyatakan semua yang menarik

Contoh Tajuk: Pelajar digalakkan untuk membawa telefon pintar ke sekolah.

  • Plus (P)
    • Memudahkan pembelajaran dan pelajaran.
  • Minus (M)
    • Pelajar tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas.
    • Mencetuskan banyak isu disiplin kerana pelajar akan menyalahgunakannya untuk tujuan yang kurang bermoral.
    • Pelajar akan membandingkan jenama telefon pintar sesama lain.
  • Interesting (I)
    • Terdapat pelbagai aplikasi yang menarik untuk digunakan.

Keputusan: 1(P), 1(I), 3(M). Oleh itu, pelajar tidak digalakkan membawa telefon pintar ke sekolah.