Pengenalan

Sebagai seorang pelajar, mencatat nota merupakan aktiviti yang seharusnya menjadi amalan wajib untuk dipraktikkan. Hal ini demikian kerana, nota yang dicatat akan menjadi rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta yang telah disampaikan oleh tenaga pengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota merupakan satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan menarik dapat meningkatkan daya ingatan para pelajar dan meningkatkan keberkesanan dalam proses pembelajaran. Oleh itu, sebagai pelajar kita haruslah berusaha mempebelajari teknik mencatat nota dengan betul dan seterusnya cuba mempraktikkan teknik-teknik ini supaya nota yang dicatat adalah bermutu dan berkualiti.