Rumusan

Semua pelajar tidak mungkin mempunyai daya ingatan yang kuat untuk menghafal semua info dan maklumat yang telah dipelajari. Teknik hafalan ini tidak sesuai untuk diamalkan oleh pelajar kerana hasilnya pelajar yang kritis dan kreatif tidak dapat dilahirkan. Tambahan pula dengan dunia yang serba moden ini, terdapat pelbagai maklumat yang harus kita ingati. Bukan sahaja untuk pelajar malahan untuk seorang pekerja juga tidak mampu untuk mengingati semua perkara jika maklumat yang diterima tidak dicatat.

Selain itu, teknik dan perantara yang bersesuaian haruslah bijak digunakan untuk memudahkan pembacaan dan memudahkan otak untuk mengingati fakta dan membuat analisis bagi menghasilkan sesuatu buah fikiran dan idea yang bernas untuk disumbangkan sama ada dalam pelajaran mahupun kehidupan seharian. Oleh itu, untuk mencapai matlamat ini, penggunaan peta pemikiran dan peta minda adalah amat sesuai.